Wednesday, April 21, 2010

arianna berumur sebulan

hah!ni plak arianna semasa berumur sebulan.masa ni anakku baru sahaja menjalani majlis cukur jambul.nampak tak kepala dia yang botak.hik,hik,hik...masa ni dia dah tembam sikit sebab tengok pipi dia macam pipi shin chan dah.masa ni dia baru pandai tgk org tapi dia dah kenal ibu dia yang mana satu.wah,dgn bangga plak aku sebagai ibunya berkata.tapi dalam masa yg sama ramai yg ckp kat aku yg muka arianna ni mcm baby boy.betul ke?

arianna berumur seminggu

ni plak gambar anakku semasa berumur seminggu.masa ni anakku dah dibenarkan keluar wad.gembira betul rasa hatiku apabila dibenarkan keluar dan doktor telah mengesahkan yang anakku sihat sepenuhnya.gambar ni diambil semasa keluargaku hendak membawa arianna pulang ke kampung ku di terengganu.aku plak masa ni masih lagi dalam berpantang tapi berpantang aku pantang koboi.he,he,he....anakku plak baru berumur seminggu dah pun pergi ronda-ronda kat terengganu.ligat betul anakku ni.kih,kih,kih...amacam arianna semasa berumur seminggu,comel tak?

Tuesday, April 20, 2010

bermulanya kisah anakku..

gambar ni masa anakku baru berumur 3 hari.dia pakai cermin mata sebab dia kuning so kena duduk dlm katil khas dia.cute tak?he.....he..susah nak cari ni tak ada jual kat kedai tau.anakku kena tahan kat wad selama seminggu kerana dia dilahirkan secara forceps dan hanya dilahirkan seberat 2.1kg sahaja.aku melahirkan anakku ni semasa umat islam sedang menyanbut bulan puasa.dugaan masa aku mengandungkan anakku ni hanya tuhan je yang tau.tapi semuanya dah berlalu maka lahirlah anakku yang diberi nama nur arianna edrina binti mohd rashidi.